Ade lapan hari lagi untuk kite membuat percaturan untuk
memilih siapakah yang paling layak untuk kite angkat sebagai peneraju masa
hadapan rakyat Malaysia. sudah pasti ia menjadi perbualan hangat tidak kira di
mana jua termasuklah di kedai kopi mahupun di shopping complex. masing-masing
mempunyai pendapat mereka yg tersendiri terhadap seseorang pemimpin yg
memerintah. namun, sedarkah kita bahawa masih ad segelintir masyarakat yg masih
memandang sepi soal politik ini. bahkan masih ad yg tidak mengetahui apakah itu
politik? justeru, bagi memenuhi their curiosity on what is politic actually
is..this entry might provide u some idea about it..
Actually, perkataan politik berasal daripada bahasa latin,
seterusnya diterjemahkan dengan perkataan yang sama dalam pelbagai bahasa
dunia, samada bahasa Barat atau Timur. Makna dan maksudnya ialah mentadbir,
memerintah, memimpin dan mengendalikan urusan.
Dalam bahasa Arab pula ia disebut dengan perkataan siyasah,
daripada perkataan - sasa, yasusu, siyasatan -. Disebut dalam hadis Rasulullah
S.A.W yang bermaksud, “Kaum Bani Israil di zaman dahulu yang menjadi pemimpin
siyasah mereka ialah para Nabi, setiap orang Nabi yang dimatikan diganti oleh
Nabi selepasnya, tiada lagi Nabi selepasku, akan ada para khalifah (pemimpin
yang memerintah), mereka itu ramai. Para sahabat bertanya: apakah perintah
(pesanan) Rasulullah terhadap kami? Sabdanya: tunaikan bai’ah (ikrar taat
setia) dengan keutamaan yang pertama dan berikutnya. Berikan hak mereka kepada
mereka, sesungguhnya Allah akan menyoal mereka berkenaan urusan kepimpinan yang
diminta supaya mereka menunaikannya.”
Perkataan siyasah tidak disebut di dalam al-Quran, tetapi
maksudnya termasuk dalam perkara yang dinaskan secara nyata, para ulama
menegaskan ia termasuk dalam maksud perkataan "khilafah" yang
dinyatakan al-Quran, yang menjadi salah satu daripada tujuan manusia dicipta
oleh Allah Taala.
Firman Allah Taala :
Firman Allah Taala :

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat;
Sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi. Mereka (Malaikat)
lalu berkata; Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu mereka
yang akan melakukan kerosakan dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa
bertasbih dengan memuji dan mensucikan Engkau? Tuhan berfirman; Sesungguhnya
Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” (Al-Baqarah:30)
Para ulama seperti al-Mawardi di dalam kitabnya Al-Ahkam
al-Sultaniyyah, Ibn Khaldun di dalam kitabnya Al-Muqaddimah, Abu Ya'la dalam kitabnya
Al-Ahkam al-Sultaniyyah, mereka masing-masing meletakkan siyasah (politik)
dalam kewajipan Khilafah dan Imamah :
“Tugas imamah (kepimpinan negara) itu diwujudkan bagi
melaksanakan kewajipan khilafah yang pernah dilakukan oleh kenabian bagi
memelihara agama dan siyasah (politik) mentadbir urusan keduniaan. Bagi
melaksanakannya, hukumnya wajib dengan Ijma’(para ulama).”
Urusan politik termasuk dalam perkara ilmu feqah dengan bab
dan fasal serta furu’nya. Ada juga kalangan ulama menulis secara khusus dengan
nama imamah, atau ahkam sultaniyyah atau siyasah syar’iyyah. Kesemua aspek ini
tidak boleh dipisahkan di antara satu sama lain. Ibnu Ato'illah as-Sakandari
menyebut dalam mukadimah kitab al-Hikam (kitab yang terkenal dalam ilmu
tasawwuf), menaqalkan kata-kata Imam Malik :
“Sesiapa yang bertasawwuf dalam keadaan tidak memahami ilmu
feqah, maka sesungguhnya dia menjadi zindiq (ajaran sesat yang menyeleweng
aqidahnya) dan sesiapa yang mendalami feqah dalam keadaan tidak mengambil kira
ilmu tasawwuf maka dia menjadi fasiq dan sesiapa yang menghimpunkan
kedua-duanya maka dia berada dalam keadaan yang benar.”
Oleh itu, kite haruslah memilih pemimpin yg menjalankan
tanggungjawab mereka dengan bijak. sifat seperti siddiq, amanah, fatanah dan
tabligh tidak boleh kurang kpd seorang pemimpin yg memimpin sesebuah legacy
rakyat. kerana, untuk membawa rakyat ke arah kebenaran, tidak boleh tidak, kite
haruslah mengikut atau meneladani ap yg telah digariskan oleh baginda
Rasulullah s.a.w. By doing so, legacy rakyat will automatically will be in
excellent condition. sy teringat akan statement ustaz saya die ckp: "kalo
kite org islam, masih bute x mau ikut ulama', nk jugak follow org yg selingkuh
and yang terang lagi bersuluh dah mmg x betul..bodohlah!". die ckp mnde ni
mase skul mnengah and sy still igt lagi smpi skrng even mcm kasar tpi mmg ade
betulnye. so, it obviously shown that kalo kite follow org yg x betul, kite pn
jadik x betul lah..so, make a bold decision, ade lapan hari lagi. jgn beri
tanggungjawab kepada org yg bkn haq! sbb mnde yg nmpk mcm remeh ni pn akn
ditanya di akhirat kelak..therefore, tolong berhenti menegakkan benang yg
basah...semoge bermanfaat!
source: http://www.tarbawi.my

