bagi sape2 yg msih belum tahu apakah nikah misyar sebenarnya? baik ke? buruk ke? nk tahu bace lah entry ni..insyaAllah, u will get some idea..
NIKAH misyar yang juga dikenali sebagai ‘nikah musafir’ adalah sebuah
perkahwinan yang tidak memerlukan pasangan tinggal sebumbung. Bukan itu sahaja, suami tidak mempunyai tanggungjawab dari segi kewangan
ke atas isterinya serta wujud implikasi bahawa akan berlaku perceraian. back then, nikah misyar ini diamalkan di Mesir seawal tahun 1825 tapi masih lagi diterima dalam kalangan masyarakat di sana. majoriti masyarakat islam seluruh dunia menolak pernikahan seperti ini sbb x berlaku pada zaman Rasulullah. Bagi nikah misyar, amalan kebiasaan ialah isteri terus tinggal dengan
ibu bapanya dan suami misyar bebas untuk meninggalkan isteri dan
anak-anaknya selama mana yang beliau kehendaki. bagi pihah isteri, mrk tidak boleh
menuntut cerai atas alasan ditinggalkan oleh suaminya. Cadangan supaya kaum lelaki dibenarkan mengamalkan perkahwinan misyar
bagi mengatasi masalah ramai wanita tidak berkahwin mungkin perlu
disokong. Itupun sekiranya terdapat kajian yang menunjukkan bahawa masyarakat
Malaysia mempunyai masalah untuk mendirikan perkahwinan biasa. Memang benar bahawa perlakuan maksiat dapat dikurangkan menerusi perkahwinan. Tetapi soal penerimaan bentuk perkahwinan yang dibenarkan dalam Islam
ini perlu mendapat kerjasama bukan sahaja daripada kaum wanita,
badan-badan bukan kerajaan, para ibu bapa dan masyarakat tetapi juga
undang-undang.
Pernikahan misyar dibenarkan di Arab Saudi oleh fatwa yang diberikan
oleh Sheikh Abdul Azeez ibn Abdullaah ibn Baaz dan secara rasminya
diperundangkan di Mesir oleh Imam Sheikh Muhammad Sayid Tantawy pada
tahun 1999. Di sebalik fatwa tersebut nikah misyar ditentang oleh ulama-ulama dari Universiti Al-Azhar di Kaherah. Maslahah untuk membenarkan amalan tersebut adalah kerana ramai janda dan gadis yang tidak berkahwin. Namun begitu realitinya di negara-negara Arab ia tidak sedemikian,
kerana nikah misyar menjadi amalan di kalangan wanita-wanita yang
berkedudukan tinggi dan kaya-raya. Nikah misyar juga tidak boleh mempunyai had masa tertentu kerana
sekiranya terdapat tempoh masa yang dijanjikan kepada isteri untuk
diceraikan, maka ia menjadi nikah mutaah yang tidak dibenarkan dalam
Fiqh Sunnah. Apa yang boleh diamalkan ialah isteri boleh tinggal bersama ibu bapa dan
suami boleh berkunjung ke rumah tersebut pada bila-bila masa walaupun
setelah mempunyai anak. Isteri tidak boleh memohon cerai kerana suami tidak memberikan sepenuh
perhatian atau dengan kata lain mengabaikan tanggungjawabnya terhadap
keluarga.
Suami juga boleh mengahwini wanita lain tanpa memberitahu apatah lagi
mendapatkan kebenaran isteri, bahkan sekiranya berlaku perceraian,
isteri dan anak-anak akan kehilangan segala hak yang boleh dituntut oleh
isteri dan anak-anak yang diceraikan dalam pernikahan biasa. Nikah misyar diperlukan dalam konteks masyarakat hari ini sekiranya
kajian menunjukkan bahawa kaum lelaki tidak mampu berkahwin dan menyara
isteri serta anak-anak. Sebab itulah isteri dalam perkahwinan misyar dibenarkan terus menetap
bersama ibu bapa dan suami hanya ‘bertandang’ sekiranya perlukan khidmat
seksual. Persetujuan kedua-dua belah pihak amatlah penting kerana perkahwinan ini menuntut pengorbanan emosi dan perasaan yang tinggi. Walaupun pasangan mengetahui batasan keperluan dan had tanggungjawab
yang harus diberikan dan diterima, tetapi norma sebuah perkahwinan ialah
kasih sayang dan perhatian yang tidak berbelah bahagi. Para isteri juga tidak harus membandingkan perkahwinan dan komitmen
suami mereka seperti perkahwinan biasa kerana ia jelas tidak sama. Malahan sekiranya berlaku perselisihan faham, ia mungkin sukar
diselesaikan kerana tiada faktor-faktor lain yang boleh mendorong
merapatkan hubungan tersebut melainkan sekiranya suami datang ke rumah
ibu bapa isteri atau alternatif perhubungan yang lain.
Tanpa menyediakan makan pakai, mengikat perut suami dengan masakan yang
sedap, persekitaran rumah yang indah yang membangkitkan rasa kasih dan
sebagainya agak sukar untuk isteri menunjukkan perhatian yang sewajarnya
kepada suami sedangkan realiti sebuah perkahwinan adalah lebih daripada
hubungan seksual. Sama ada ia menganiaya wanita atau tidak, ia persoalan yang sangat
subjektif kerana sekiranya wanita atau isteri nikah misyar merasakan
bahawa khidmat seksual itu adalah klimaks objektif sebuah perkahwinan,
maka mereka tidak mengharap komitmen yang selainnya. Tetapi sekiranya ada isteri yang merasakan bahawa suami patut memberikan
sedikit perhatian dan ia tidak berlaku, maka wanita tersebut merasakan
ia teraniaya sedangkan hakikat nikah misyar adalah untuk hubungan
kelamin semata. Perbezaan utama antara nikah biasa dengan nikah misyar ialah pasangan
tidak tinggal serumah tetapi akan saling berhubung antara satu sama lain
dan suami tidak bertanggungjawab untuk memberi nafkah zahir kepada
isteri walaupun syarat ini mungkin berbentuk perjanjian sementara. Amalan nikah misyar dibimbangi sekiranya ia berlainan dengan niat asal sesebuah perkahwinan itu didirikan.
Oleh itu, sekiranya nikah misyar diamalkan di Malaysia, maka
undang-undang yang lebih jelas dan menjurus kepada amalan ini perlu
dirangka bagi membolehkan ia dilakukan mengikut batasan syariat.
Alasan untuk membenarkan kaum lelaki mengamalkan nikah misyar
semata-mata bagi mengatasi masalah ramai wanita tidak berkahwin juga
harus diteliti secara mendalam. Malah setiap perkahwinan itu hakikatnya berlangsung atas nama tanggungjawab yang lebih cenderung untuk dipikul oleh suami. Tanpa tanggungjawab perkahwinan tidak akan membawa sebarang makna jauh
sekali menepati objektifnya iaitu berkongsi hidup dan kasih sayang,
bukannya berlandaskan seks semata-mata. Kajian juga perlu dibuat mengenai ego lelaki yang bersetuju supaya
kahwin misyar dibenarkan kerana ia ternyata bertentangan dengan fitrah
kejadian lelaki itu sendiri. Jika seorang lelaki itu tidak mempunyai kemampuan untuk menunaikan
tanggungjawab sebagai seorang suami, bukankah lebih baik jika sebuah
perkahwinan itu tidak dilangsungkan.Walau apa pun hikmah di sebalik nikah misyar itu, ia pasti tidak perlu
dijadikan alasan untuk ‘menghalalkan’ perhubungan suami isteri yang
hakikatnya tidak wujud. Alasan ramai wanita tidak berkahwin untuk membenarkan lelaki mengamalkan
nikah misyar juga perlu dibuktikan kebenarannya menerusi statistik
bukan sekadar cakap-cakap kosong.
Statistik penghuni pusat serenti yang kini dipenuhi oleh lelaki dan
jumlah kaum wanita di institusi pengajian tinggi perlu menjadi sandaran
jika benar nikah misyar benar-benar diperlukan.
Apatah lagi apabila nikah misyar dikatakan menjadi amalan di kalangan
lelaki Kuwait dan Arab yang kaya untuk melepaskan hawa nafsu mereka
ketika bercuti. Nikah misyar membenarkan mereka mengadakan hubungan seks
dengan wanita lain kononnya untuk mengelak daripada melakukan zina.
Mereka dikatakan pergi ke negara-negara miskin dan bertemu dengan orang tengah untuk merancang pernikahan misyar.
Kepada lelaki dan wanita Malaysia, fikirlah sejauh mana perlunya nikah misyar dibenarkan.
Buatlah keputusan yang paling tepat...jgn mnyesal die kemudian hari..
No comments:
Post a Comment