Friday, 26 April 2013

pengkonotasian politik...

Ade lapan hari lagi untuk kite membuat percaturan untuk memilih siapakah yang paling layak untuk kite angkat sebagai peneraju masa hadapan rakyat Malaysia. sudah pasti ia menjadi perbualan hangat tidak kira di mana jua termasuklah di kedai kopi mahupun di shopping complex. masing-masing mempunyai pendapat mereka yg tersendiri terhadap seseorang pemimpin yg memerintah. namun, sedarkah kita bahawa masih ad segelintir masyarakat yg masih memandang sepi soal politik ini. bahkan masih ad yg tidak mengetahui apakah itu politik? justeru, bagi memenuhi their curiosity on what is politic actually is..this entry might provide u some idea about it..

Actually, perkataan politik berasal daripada bahasa latin, seterusnya diterjemahkan dengan perkataan yang sama dalam pelbagai bahasa dunia, samada bahasa Barat atau Timur. Makna dan maksudnya ialah mentadbir, memerintah, memimpin dan mengendalikan urusan.

Dalam bahasa Arab pula ia disebut dengan perkataan siyasah, daripada perkataan - sasa, yasusu, siyasatan -. Disebut dalam hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud, “Kaum Bani Israil di zaman dahulu yang menjadi pemimpin siyasah mereka ialah para Nabi, setiap orang Nabi yang dimatikan diganti oleh Nabi selepasnya, tiada lagi Nabi selepasku, akan ada para khalifah (pemimpin yang memerintah), mereka itu ramai. Para sahabat bertanya: apakah perintah (pesanan) Rasulullah terhadap kami? Sabdanya: tunaikan bai’ah (ikrar taat setia) dengan keutamaan yang pertama dan berikutnya. Berikan hak mereka kepada mereka, sesungguhnya Allah akan menyoal mereka berkenaan urusan kepimpinan yang diminta supaya mereka menunaikannya.”

Perkataan siyasah tidak disebut di dalam al-Quran, tetapi maksudnya termasuk dalam perkara yang dinaskan secara nyata, para ulama menegaskan ia termasuk dalam maksud perkataan "khilafah" yang dinyatakan al-Quran, yang menjadi salah satu daripada tujuan manusia dicipta oleh Allah Taala.

Firman Allah Taala :



“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat; Sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi. Mereka (Malaikat) lalu berkata; Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu mereka yang akan melakukan kerosakan dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji dan mensucikan Engkau? Tuhan berfirman; Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” (Al-Baqarah:30)

Para ulama seperti al-Mawardi di dalam kitabnya Al-Ahkam al-Sultaniyyah, Ibn Khaldun di dalam kitabnya Al-Muqaddimah, Abu Ya'la dalam kitabnya Al-Ahkam al-Sultaniyyah, mereka masing-masing meletakkan siyasah (politik) dalam kewajipan Khilafah dan Imamah :

“Tugas imamah (kepimpinan negara) itu diwujudkan bagi melaksanakan kewajipan khilafah yang pernah dilakukan oleh kenabian bagi memelihara agama dan siyasah (politik) mentadbir urusan keduniaan. Bagi melaksanakannya, hukumnya wajib dengan Ijma’(para ulama).”

Urusan politik termasuk dalam perkara ilmu feqah dengan bab dan fasal serta furu’nya. Ada juga kalangan ulama menulis secara khusus dengan nama imamah, atau ahkam sultaniyyah atau siyasah syar’iyyah. Kesemua aspek ini tidak boleh dipisahkan di antara satu sama lain. Ibnu Ato'illah as-Sakandari menyebut dalam mukadimah kitab al-Hikam (kitab yang terkenal dalam ilmu tasawwuf), menaqalkan kata-kata Imam Malik :

“Sesiapa yang bertasawwuf dalam keadaan tidak memahami ilmu feqah, maka sesungguhnya dia menjadi zindiq (ajaran sesat yang menyeleweng aqidahnya) dan sesiapa yang mendalami feqah dalam keadaan tidak mengambil kira ilmu tasawwuf maka dia menjadi fasiq dan sesiapa yang menghimpunkan kedua-duanya maka dia berada dalam keadaan yang benar.”


Oleh itu, kite haruslah memilih pemimpin yg menjalankan tanggungjawab mereka dengan bijak. sifat seperti siddiq, amanah, fatanah dan tabligh tidak boleh kurang kpd seorang pemimpin yg memimpin sesebuah legacy rakyat. kerana, untuk membawa rakyat ke arah kebenaran, tidak boleh tidak, kite haruslah mengikut atau meneladani ap yg telah digariskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. By doing so, legacy rakyat will automatically will be in excellent condition. sy teringat akan statement ustaz saya die ckp: "kalo kite org islam, masih bute x mau ikut ulama', nk jugak follow org yg selingkuh and yang terang lagi bersuluh dah mmg x betul..bodohlah!". die ckp mnde ni mase skul mnengah and sy still igt lagi smpi skrng even mcm kasar tpi mmg ade betulnye. so, it obviously shown that kalo kite follow org yg x betul, kite pn jadik x betul lah..so, make a bold decision, ade lapan hari lagi. jgn beri tanggungjawab kepada org yg bkn haq! sbb mnde yg nmpk mcm remeh ni pn  akn ditanya di akhirat kelak..therefore, tolong berhenti menegakkan benang yg basah...semoge bermanfaat!

source: http://www.tarbawi.my

No comments:

Post a Comment